Wahai orang yang
sedang kebingungan di padang kehidupan, sampai bilakah engkau hidup dalam
petualangan dan kesesatan padahal di tanganmu ada pelita yang bersinar terang?
‘Telah datang kepadamu
cahaya dan kitab yang terang dari Allah. Allah membimbing kamu dengannya, siapa
yang mengikuti redha-Nya ke jalan keselamatan. dan membawa mereka dengan
izin-Nya. Keluar dari kegelapan menuju cahaya. Menunjuki mereka jalan yang
lurus.’ -Surah Al-Maidah ayat 15-16.
wahai saudara yang
sedang penat dan letih, yang tersungkur di bawah tindihan noda dan dosa,
kepadamu kusampaikan bisikan kata bahawa pintu ampunan Tuhanmu luas terbuka.
Dan ratap tangis
orang yang bersalah lebih di sukai daripada doa orang yang
patuh.
Duduklah engkau di
malam sunyi, berbisik kepada Ilahi, menghadap dengan sepenuh hati. Titiskanlah
air mata penyesalan dan kesedihan, ucapkanlah kalimat istighfar dan kata
taubat. Semoga Allah menghapuskan semua noda dan dosamu dan mengangkat tinggi
darjatmu. Dan semoga pula engkau menjadi orang yang di dekatkan kepada-Nya.
‘Sungguh! Allah cinta
orang yang taubat Dan cinta orang yang bersuci diri.’ -Surah Al-Baqarah ayat
222.
Alangkah dekatnya
Tuhanmu kepada dirimu, sedangkan engkau tidak mahu mendekati-Nya. Alangkah
cintanya Dia kepadamu, sedangkan engkau tidak mahu mencintai-Nya. Alangkah
besarnya kasih sayang-Nya kepadamu, sedangkan engkau melupakan hal itu.
Rasulullah saw bersabda:
‘Sesungguhnya Allah Taala membuka tangan-Nya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang melakukan kesalahan pada siang hari dan Dia membuka tangan-Nya pada waktu siang supaya bertaubat orang yang melakukan kesalahan pada malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari barat.’ -Riwayat Muslim.

Tahun demi tahun yang baru lagi,
Masa berlalu dan kita hanya boleh sesali dosa-dosa. Maka kita perlu mengatur langkah sebaik-baiknya agar tidak tergelincir lagi.
Dan untuk menghadapi masa yang akan datang, kita buat persiapan berupa hati yang bersih, niat yang suci, dan kemahuan yang kuat untuk melakukan kebajikan.

‘Dan akan Kami
tempatkan timbangan keadilan pada hari kebangkitan, sehingga tiada seseorang
dirugikan sedikit pun, Dan jika ada seberat biji sawi pun (amalan), tentulah Kami
akan datangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.’ -Surah
Al-Anbiya ayat 47.
‘Sesungguhnya Aku Maha
Pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman. Yang berbuat amal kebajikan,
kemudian bersedia menerima pimpinan.’ -Surah Thaha ayat 82.
Wahai saudara-saudara
yang telah letih, yang tersungkur di bawah tindihan noda dan dosa-dosa,
Janganlah anda berputus asa dan jangan pula putus harapan.
Inilah saat
pengampunan yang datang bersamaan dengan datangnya tahun baru. Inilah hembusan
angin penerimaan taubat yang dengan lemah lembut menerpa wajah baru yang molej
dan indah. Inilah cahaya hidayah yang memancar bersamaan dengan terbitnya bulan
sabit yang cerah dan indah.

No comments:
Post a Comment