Doa
Akhir Tahun:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali
pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan
Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang
membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah
SWT dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan
tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa
Awal Tahun:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali
selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini
sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1
Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada
fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


No comments:
Post a Comment